Tuesday, August 2, 2011

Restoran Fullhouse masih belum Halal!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Nampaknya aku macam dah lama je tak update entri.. Almaklumlah sibuk sedikit sejak 4-5 hari ni.. Ok korang tahu tak tentang kewujudan restoran FULLHOUSE?? Name penuh restoran ni ialah FULLHOUSE LIFESTYLE STORE AND CAFE..Lokasi restoran ni ada di Ampang Park dan juga di Sunway Piramid Restoran ni sejujurnya aku bagitahu kat korang semua memang lawa cantik menarik.. Kalau korang tengok dari luar pun mesti teruja nak cuba makanannya.. Tetapi AWAS!! Restoran ni adalah HARAM!! Kenapa haram?? Sebab masih belum ada status HALAL lagi.. Sebelum ini pun aku pernah buat entri sebegini tapi tu tahun lepas la.. Nak bace? Klik sini.. Jadi kali ni aku ingatkan restoran ni dah ada status HALAL tetapi tanggapan aku merosot lagi.. Jom tengok ni.. 

Haa tengok tarikh tu.. Aku tanya tapi diorang tak jawab pun.. Atau mungkin sebab
diorang tak paham english aku kot.. hahaha.. English bersepah-sepah.. ishh3...


Ok akhirnya mereka jawab email aku ini.. Ok korang dah bace? 

Dia kate masih dalam proses untuk mendapatkan status halal tu.. Dah setahun kot.. Takkan tak dapat lagi.. Lagi satu ayat dia, 'kami tidak menyediakan hidangan PORK'!! Pork tu babi ok.. Tak semestinya mereka tak sediakan makanan babi tu mereka halal.. Halal adalah semua aspek.. Mungkin mereka tak paham kot.. So kepada kawan-kawan yang aku sayang, tolonglah jangan pergi restoran ni ye.. Kalau boleh sebelum pergi ke restoran2 yang korang rasa best (contoh macam ni), korang kaji selidik lah dulu status halal nya.. Nak pulak sekarang ni bulan puasa korang mesti nak berbuka di luar kan.. Halal Haram ni tak boleh buat main-main.. Jadi darah daging weyh!! Inilah je yang boleh aku tolong dengan berikan info-info macam ni.. 


...tamat...

2 comments:

Azham Vosovic said...

Okay, dua hari lepas baru baca satu entry psl restaurant ni dibuat oleh seorang blogger Muslim...beliau dtg makan kt situ dgn family.... haiyyooo...

Anonymous said...

http://food.malaysiamostwanted.com/cuisines/halal

web tu blh pakai ke?

now dah dec, u de dpt new info pasal halal ni.. dah de cert ke blm restauran ni. mls nk ceidaut la. tnya u je.. hehe