Wednesday, May 11, 2011

Prank curi kereta time birthday kawan :)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Haa kali ni tajuk blog aku macam ganas sikit.. Macam la kan.. Konon-konon penjenayah la kan nak curi2 kereta ni..Mungkin ini boleh jadi idea untuk korang prank kawan korang.. :) Ape2 pun meyh sini aku nak cerita kat korng pasal prank ni..


Ini adalah mangsa kitorang..Name die Abbas Khair B Amir :)

Ok setelah berbincang mengenai perkara yang perlu di lakukan maka kami pun bergerak membawa watak masing2.. Kawan aku, Izzull curik kunci kereta abbas a.k.a. mangsa ni dan pergi buat duplicate kunci.. hahaha.. Petang tadi sewaktu mangsa sedang tidur di rumah aku, zaki a.k.a. watak utama yang di hilangkan (dikatakan dah pulang ke JB) pergi bawak lari kereta mangsa. Zaki ni pergi ambil seorang lagi kawan kami iaitu anis dan juga beli kek.. Selepas maghrib tadi, kami (izzul, aku dan mangsa) merancang untuk pergi makan malam.. Apabila mangsa keluar rumah, mangsa terperanjat apabila melihat kereta beliau tiada.. 'KERETA AKU HILANG!!!'.. Jadi kami merancang untuk pergi cari kereta itu terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis di balai.. Jadi kami pun merayau2 mencari kereta mangsa.. (masa dalam kereta: mangsa sangat gelabah + cuak + takut + bengang).. 

yang kiri, zaki dan kanan, izzul

watak penting yang buat keadaan menjadi semakin gelabah, fauzan

Ok watak fauzan memerlukan dia mengesan kereta mangsa dan perlu mengejar sehingga dapat.. Itu pun konon je kejar tu.. Padahal takde pun.. Mula2 si fauzan ni call sebab dapat kesan kereta mangsa sedang di larikan so fauzan mengekori kereta itu.. Setelah lama mengekori, pencuri kereta (zaki) tersebut terus memecut laju kerana telah diekori oleh fauzan.. Jadi fauzan pun terlepas untuk mengekori kereta itu.. Sewaktu kereta itu hilang, kereta itu sedang menghala ke arah pantai puteri, melaka.. Hendak di jadikan cerita, kereta abbas abbas telah dijumpai di tepi jalan di pantai puteri tersebut.. Fauzan cuba hendak mengejar pencurik terbabit tetapi pencuri tersebut telah lari meninggalkan kereta mangsa.. Ok ini semua sekadar cerita yang kami lakonkan ye.. Sebenarnya adegan kejar mengejar itu tidak pernah berlaku pun.. hahahha... Selepas itu kami pun tiba di tempat kejadian.. Mangsa terus meluru keluar dari kereta dan cuba mencari pencurik terbabit tetapi tiada.. Jadi kami memeriksa kereta mangsa.. Kot2 ade ape2 yang xok ke.. Sedang kami memeriksa kereta mangsa, zaki dan anis muncul membawa kek birthday sambil menyanyikan laju selamat hari lahir.. Raut muka mangsa ketika itu sangat terkejut dan akhirnya tergelak dan juga memaki hamun.. hahahaha... So marilah enjoy tgk pic kami2.. :)

inilah muke terkejut mangsa yang sempat kami rakam!! hahaha

konon-konon terharulah tu? hahaha


kereta yang di curi!! :)

ok kami buat simple je.. makan kek je.. lepas tu baru makan kat kedai.. :)


haa ok gamba aku xde.. sangat sadis apabila menjadi tukang foto.. adehh :(

Haaaa amacam?? agak2 terbaek x?? hahaha.. So kepada korang2 kalau nak prank kawan kena ade perancangan yang rapi dan yang paling pasti, anda haruslah pandai berlakon.. hahaha.. Tetapi aku nasihatkan, bincang betul2 sebab untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini seperti terkantoi yang melibatkan mak bapak (kalau dah kautim takpe) dan juga pihak polis.. huhuhu.. Bahaye weyh...Ok itu saje..


...tamat...

1 comment:

skinner said...

kalau ak pun cuak bai. keta kut bkn beskal