Wednesday, February 23, 2011

Jom join Earth Hour 2011 (^_^)

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua muslim dan bukan muslim.. Kali ni aku nak buat entri berkenaan EARTH HOUR.. Ape itu EARTH HOUR?? Aku tak tahu nak terangkan dengan erti yang sebetulnya.. Tapi yang aku tahu, Earth Hour ni adalah satu cara untuk memupuk kesedaran masyarakat dunia tentang pemanasan global yang kian membimbangkan.. Oleh itu organisasi Earth Hour telah memaklumkan kepada dunia bahawa 26 March setiap tahun merupakan hari Earth Hour..


Untuk tahun ini, aku mengajak korang2 untuk turut serta dalam aktiviti ni.. Apa aktiviti nye?? Pada 26 March pukol 8.30 malam hingga 9.30 malam korang dikehendaki untuk mengurangkan penggunaan elektrik dengan cara menutup lampu rumah korang, televisyen, penyaman udara.. Senang cerita korang pergi tutup suiz utama elektrik kat dalam rumah tu.. Kan mudah.. Lokasinya sudah tentu di tempat korang sendiri la.. Ada kesan ke klau buat sedemikian?? Cuba korang bayangkan satu dunia menutup dan mengurangkan penggunaan elektrik secara serentak.. So dari situ penggunaan elektrik dapat dikurangkan seterusnya dapat mengurangkan krisis pemanasan global.. Memanglah bumi kita ini takkan sejuk seperti zaman dahulu tetapi setidak-tidaknya kita mempunyai usaha ke arah itu.. Ok sekarang jom klik I'm Attending dekat event Earth Hour di SINI..Jom kita sama sertai aktiviti ini.. Ajaklah kawan2 korang, jiran2 korang dan semua2 lah.. Ok lah sampai disini dahulu ye..

...tamat...

_______________________________________________________________________________

Minat handbag ni?? Harganye RM 110 je.. Kalau minat klik SINI ye.. (^_^)

No comments: