Thursday, September 9, 2010

Puasa Ke-25 | Berbuka di Kedai Makanan Arab NUR ZAATAR

Salam sejahtera semua.. Entri ni aku nak kongsikan berkaitan tempat2 yang menarik untuk berbuka puasa.. Puas aku mencari tempat untuk berbuka puasa bersama rakan2. Kedai makanan arab ni merupakan tempat yang ke-4 aku cari ye.. hahaha gile kan? Aku mencari konsep kedai makan yang sangat santai.. Santai yang aku maksudkan adalah seperti boleh duduk bersila disamping terdapat bantal2.. Lepas makan boleh baring2.. hihihi.. So akhirnya aku jumpe kedai makanan arab NUR ZAATAR.. (terima kasih kepada cik suriati jasman).. Lokasi kedai ini di Platinum Walk, Danau Kota (berhampiran uptown danau kota).. Menu yang di sediakan sudah semestinye nasi arab.. Menu lain seperti pizza.. Barbican serta syisha turut disediakan.. (aku xbrape ingat sgt menu).. Jom layan gambar2 yang aku rakam.. 

Ni la menunya.. Kalau korang cari kedai ni, lambang kedai ni sama je dengan menu ni.. Aku terlupe nak amek gambar dari luar kedai.. :)


Itu trademark kedai ni.. "Eat Fresh and Hot".. Hebatkan?? hehehe..

Haaaa ni lah dia nasi arab nye.. Menarikkan?? Nasi arab ni bleh makan kongsi2 sebab banyak sangat.. Boleh kongsi 2 or 3 orang.. :)

Haa ni la keadaan dalam kedai makanan arab tu.. Serious santai beb.. Boleh guling2 lagi.. hiihi.. Tapi maaf la sebab kat atas meja tu dah takde makanan.. Time makanan banyak takde siapa2 pun nak ambil gambar.. Semua lapar kan.. hihihi

Hakhakhak.. Aksi rakan2 aku.. Ok tadi aku cerita berkaitan yang apa yang menarik di kedai ni kan.. Ok sekarang aku nak bagitahu total harga masa aku makan haritu.. Tptal harga RM130(aku genapkan).. Total rakan2 aku termasuk aku, 11 orang.. Murahkan? RM130/11 orang = RM11 lebih.. Sangat murah dan berbaloikan?? hihihihi :)

Sekarang ni aku nak bagitahu kekurangan pada kedai ini.. Cuaca dalam kedai ni tidak menarik.. Kedai ni panas.. Takde air-cond.. Kipas pulak guna kipas dinding.. Sumpah berpeluh.. Aku tengok pekerja perempuan kat kedai ni pun dah berpeluh.. (gurl tu pakai tshirt puteh and maybe dia tu NUR ZAATAR kot..).. Kemudian dorang lambat untuk buat syisha.. Penat menunggu beb.. Dan yang terakhir sekali, kedai ni tiada sistem order yang lengkap.. Kalau korang order, pekerjanya akan tulis dalam kertas.. Kemudian jika anda ingin membayar, pekerjanya akan kira seperti di kedai mamak.. hahaha.. Dan jika anda inginkan bil bayaran, pekerjanya akan tulis semula makanan yang korang order tadi di dalam buku resit.. Gempakkan?? hiihihi.. Hope kedai ni akan lebih maju kehadapan.. 

Info tambahan: Jika anda ingin booking atau bertanyakan sebarang soalan mengenai kedai makanan arab ini, boleh hubungi no ini 012-6393726.

...tamat...

2 comments:

kata kila said...

fulamak macam sedap seyh.jeles jeles

@in k@tie said...

u know..i save num fon tu..thanks for this entry