Tuesday, August 31, 2010

Ucapan!!! | Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Salam sejahtera kepada semua.. Aku nak ucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara kita yang ke-53 tahun.. Rasanya macam kejap je dah ke-53 tahun.. Umur korang pulak dah berapa?? Tak terasa tua dah ke?? hahaha.. 

Ok aku bersemangat ni.. Korang ade amek gmba ngn bendera Malaysia?? :) Bagi aku, dah macam2 perubahan yang kita semua alami selama ini.. Perubahan dari aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan dan berbagai-bagai lagi.. Tetapi masih terdapat 1 aspek yang bagi aku masih longgar.. Masih tidak kuat dan tidak kuat.. Iaitu aspek perpaduan.. Aspek perpaduan Malaysia masih lagi lemah, rapuh dan gagal.. Kenapa kita semua tidak boleh bersatu?? Adakah perbezaan warna kulit, budaya, pegangan agama, bahasa dan politik menjadi titik noktah?? Ouhh jangan jadikan itu sebagai punca.. Malaysia sangatlah berbilang kaum, jadikan ini sebagai suatu kelebihan kita.. Bukakan pintu pemikiran  korang tu.. Luaskan pemikiran.. Cuba untuk memahami perbezaan kaum di Malaysia ni.. Cuba belajar budaya mereka.. Belajar melalui apa?? Melalui pembacaan mahupun perkenalan.. Aku ni dari sekolah dulu berkawan dengan kawan cina dan india.. Sampai sekarang kitorang masih lagi berkawan.. Alhamdulillah tiada sebarang permasalahan.. Cuba untuk memahami mereka dan mereka akan cuba untuk memahami anda.. Jangan tutup pemikiran dengan fahaman2 yang negatif.. Aku sangat2 berharap, kemerdekaan kali ini kita dapat cuba mengukuhkan perpaduan antara kaum dan aku percaya negara kita akan lebih maju ke hadapan jika kite bersatu dalam perpaduan.. Jom layan video ni sebentar.. Aku saja2 rakam.. hihihihi.. (^_^)




p/s: Ini adalah salah satu cara aku sendiri untuk cuba mengukuhkan perpaduan kita..Entri    
       yang INI pun merupakan cara aku untuk memupuk semangat perpaduan.. 

>>> I <3 MALAYSIA<<<

...tamat...

5 comments:

intan said...

salam kemerdekaan ^_^

Anonymous said...

hahah..da mcm menteri la plak aq tgk..
huhuh..kwn aq dah maju..
pape pon..selamat merdeka weyh..

zainalalieff said...

Nak tau something? Cuma orang bodoh je tak reti nak hidup bersatu padu.

Kesian Namewee tu, critic benda betul, terus kena attack.

nas said...

taw xper...
perpaduan kita masih rapuh lagi..
sedih la..
kawaan2 chinese aku xde sorang pon nk ucap merdeka kat fb berbanding india n melayu..
i dun know why..
huhuhu..
tp nice lerr video ko tuh..
hehehe

elmo chemo said...

kemain dia punya siriyesss.