Wednesday, August 11, 2010

perginya seorang sahabat sebelum sempat menikmati kemuliaan Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua pembaca.. Selamat menyambut kemuliaan Ramadhan ni ye.. Hope kita dapat sama2 meningkatkan amalan kita kepada ALLAH S.W.T.. 3 hari yang lepas iaitu pada hari Ahad aku dan kawan2 aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat karib kami , MURAHABBAH BT ABDULLAH.. Arwah tidak sempat untuk menikmati kemuliaan Ramadhan.. Begitu tabah aku lihat keluarga arwah menghadapinya.. 

Gambar ini di rakamkan oleh sahabat aku iaitu Nur Fazlinda Bt Razali ketika kami (arwah mura,aku,areeb & fazlinda) keluar berjalan2 di One Utama pada 29/1/2009.. Arwah seorang yang begitu ceria.. Sukar untuk melihat arwah sedang bersedih.. Arwah mula mengalami gangguan kesihatan pada setahun yang lalu.. Arwah sering mengalami gastrik sehingga kesukaran untuk makan.. Arwah pernah dimasukkan ke Hospital di Melaka dan juga di Ampang.. Arwah di sahkan menghidap penyakit buah pinggang.. Tetapi setelah keluar dari Hospital Ampang, kesihatan arwah semakin merosot.. Tubuh badan arwah semakin kurus dan hanya terbaring di atas katil.. Siapa sangka seorang yang dahulunya sangat ceria kini telah pergi meninggalkan kita semua untuk selamanya.. Pada awalnya aku dan sahabat tidak boleh terima hakikat ini tetapi kami redha dengan pemergian arwah.. Ini adalah yang terbaek daripada terseksa dengan setiap kesakitan.. MURAHHABAH, kami amat merindui kamu.. Kami tahu kamu sentiasa bersama kami.. Semoga kita dapat bertemu di Akhirat kelak Isya-ALLAH..

Kepada yang membaca entri ini, sedekahkanlah AL-FATIHAH kepada ARWAH MURAHHABAH..

Sekian,
Yang merindui mu aku,areeb,fad,eyka,linda,alia,atie,aus,gandhi dan rakan2 lain.. 

8 comments:

L.O.V.E hUnTeR said...

Sy dpt phm perasaan penulis sbb
sy juga kehilangan seorang sahabat pada 6 Ogos yg lalu akibat kemalangan.. Semoga mereka ditempatkan di kalangan org yg beriman..

L.O.V.E hUnTeR said...

Al fatihah

cik panadol said...

takziah untuk awk dan rakan2 awk yg kehilangan arwah...juga kepada keluarga arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat...
al-fatihah~

MX said...

takziah buat keluarga arwah...

IBnu AHMad said...

pemergian seorg shbt yg tiada berganti ...

cengkerangcipot said...

terima kasih kepada semua..

nur eykaa said...

Al-Fatihah buat arwah..

chegu abbas said...

saya faham apa perasaan penulis blog ini... saya berdoa agar arwah ditempatkan dikalagan orang2 yang beriman...amin