Friday, May 14, 2010

Suara hati seorang anak ketua kampung

                        Ini bukan gambar Kampung aku.. thx incik gugel!

Salam sahabat semua.. Entri kali ni aku nak kupas mengenai dunia politik Malaysia.. Aku taknak sentuh banyak-banyak.. Aku sentuh sikit je ni.. Pagi semalam aku bangun tidor je mak aku dah membebel2 cakap pasal Kampung aku (aku tinggal kat kawasan kmpung) iaitu Kampung Changkat masuk  paper SINAR HARIAN.. Aku pun tanye la pasal ape mak oii.. Mak aku cakap ade orang komplain pasal kawasan kubur Kampung Changkat tak bersih!! Bersemak-samun!! Ok 1st sekali aku nak cakap WTF!!! (bkn ckp kat mak aku).. Ok setelah aku bace paper Sinar tu aku trus la cari yg Sinar Online punye.. Ok korang bace sat  info kat Sinar Online yang aku copy-paste ni ye.. Lepas tu baru aku nak start maki hamun..

Tanggungjawab MPS atau masjid? 

GOMBAK - Persekitaran Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat semakin semak dengan lalang yang hampir menenggelamkan kebanyakan kubur di situ menyukarkan waris untuk menziarahi kubur keluarga mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Cangkat, Abas Samsuddin berkata, sejak kawasan Gombak bertukar pemerintahan kepada Pakatan Rakyat (PR), kawasan tanah perkuburan Islam tidak lagi dipantau.

Menurutnya, keadaan mula berubah dari kawasan yang terang sebelum ini menjadi semak samun dengan lalang yang tinggi sehingga mengundang bahaya pengunjung ke tanah perkuburan itu terutama ancaman binatang berbisa seperti ular.

Beliau berkata, bukan sekadar semak, malah lebih menyedihkan kawasan yang tidak dipantau itu menjadi tempat binatang seperti anjing mendiaminya.

“Keadaan semak dan tidak dibersihkan menyebabkan binatang seperti anjing menjadikan tanah perkuburan itu tempat melahirkan anak yang berlaku beberapa bulan lalu,” katanya.

Abas berkata, tanah perkuburan itu wujud sejak 1883 dengan keluasan 1.2 hektar dan dianggarkan lebih empat ribu jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan itu.

“Walaupun tanah perkuburan ini semakin terhad namun tidak sepatutnya pihak berkenaan ambil mudah tentang aspek kebersihan kawasan ini dan sehingga sekarang masa ada lagi jenazah penduduk kampung yang dikebumikan di sini,” katanya.

Seorang penduduk, Rosni Zakaria berkata, keadaan tanah perkuburan itu hanya bersih dan lapang di bahagian depan sahaja setelah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dijalankan sebelum ini.

“Saya harap pihak bertanggungjawab dapat membersihkan tanah perkuburan ini agar penduduk tidak lagi berasa takut dan bimbang untuk mengunjungi perkuburan ini,” katanya.

Tertanya-tanya status tanah perkuburan

Sementara itu, Bendahari Madrasah Kampung Changkat, Abd Aziz Maheden berkata, penduduk masih tertanya-tanya pihak yang sepatutnya menjaga dan memelihara tanah perkuburan ini.

Menurutnya, semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, terdapat kontraktor di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang kerap kali melakukan kerja pembersihan kubur namun setelah pertukaran pemerintah, segalanya berubah.

“Kita sendiri tidak tahu status tanah perkuburan ini sama ada masih di bawah MPS atau di bawah jagaan masjid berdekatan.

“Sehingga sekarang penduduk masih tertanya-tanya dan tidak tahu pihak yang sepatutnya memantau tanah perkuburan ini," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu boleh memberikan kesukaran ketika proses pengebumian jenazah dilakukan memandangkan keadaan lalang dan semak yang tidak dibersihkan.

Inisiatif adakan gotong-royong

:Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar berkata, masalah itu telah dipanjangkan kepada Ahli Majlis MPS kawasan itu iaitu Maznah Abd Aziz, namun pihak berkenaan juga tidak menerima sebarang maklumat atau surat dari majlis atau Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) berhubung tanah perkuburan ini.

Menurutnya, masalah status itu menyebabkan tanah perkuburan tidak dapat diselenggarakan dengan baik seperti sebelum ini namun pihaknya telah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong sebanyak dua kali untuk membersihkan semak.

“Walaupun kita mengadakan gotong-royong, namun tidak ramai penduduk kampung yang datang membantu walaupun kain rentang sudah dipasang.

“Status tentang tanah perkuburan ini sama ada di bawah MPS ataupun di bawah masjid berdekatan masih menjadi pertanyaan memandangkan kebanyakan tanah perkuburan berdekatan diletakkan bawah pemantauan masjid berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, selain berhubung dengan ahli majlis, beliau turut berhubung dengan Nazir Masjid As-Syakirin, Batu 6 Gombak bagi mendapatkan maklum balas dan pihak berkenaan turut menyatakan tidak menerima sebarang maklumat dari Paid atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkaitan perkara itu.


Haa korang dah bace??  Untuk pengetahuan abg2 aku, artikel ni kalau kat paper ade gambar ayah ok.. Info kepada korang2 semua ye, bapak aku Ketua Kampung Changkat.. Kampung aku ni dah banyak kali buat gotong-royong untuk membersihkan kubur ni.. Kitorang (AJK kampung) dah bagitahu dekat penduduk kmpung berkenaan aktiviti gotong-royong ni.. Kitorg siap buat gotong-royong ni bersama penduduk kampung sebelah, Kampung Simpang Tiga.. Tetapi takde sambutan!! Orang2 kuat UMNO yang wujud dalam kampung aku tak turut serta!! Means dorang xjoin!! WTF!! Kalau dulu korang takbir kampung aku, ade aktiviti ape2 pun bapak aku join la gile!! Sekarang ni ape cite??? Susah sangat ke nak bagi kerjasama?? Nak bersihkan kampung ko jugak la BODOH!! nak bersihkan kubur untuk korang jugak nanti!! Pegi mati la korang UMNO ke PKR ke DAP ke ape ke.. Bagi la kerjasama sket.. Ni tau nak bangkang!! Otak ade pk la weyh!! Sampai bile korang nak jadi camni ha?? Penduduk kampung jmpe ko (mase ketua kampung UMNO) nak mintak sain borang ke ape ke semuanya hulur tangan berbuah/berisi (dlm tgn ade duit).. Ko ingat bapak aku camtu ke?? NO RASUAH LAH!! Ade otak pakai!!

Doa: YA ALLAH YA TUHAN KU, KAU KEMBALIKANLAH MEREKA2 INI KE JALAN YANG BENAR SERTA KAU PERMUDAHKAN LAH URUSAN BAPA KU.. AMIN...






2 comments:

xhah ibrahim said...

Tunggu dorang nk guna utk jasad sndiri br ingat nk tolong tebas kot....smua pon dorang nk politik kn..pelik2

cengkerangcipot said...

haa tau xpe..
saket aty je..