Monday, May 3, 2010

awek indon kena bunuh!!

                      BERCINTA > GADUH > BUNUH??

Terbaekkan macamni?? Mula2 kenal lepas itu bercinta lepas itu gaduh lepas itu?? Terus bunuh!! Sungguh kejam ayat yang terbaik dari aku.. Ikuti berita yang aku terima dari utusan


SEREMBAN 2 Mei - Gerak geri mencurigakan seorang lelaki yang membawa teman wanita dalam kenderaan kononnya pengsan, terbongkar apabila wanita itu rupa-rupanya sudah meninggal dunia selepas dibunuhnya.
Malah, mayat wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20-an itu sengaja dibawa oleh lelaki terbabit untuk dibuang di sebuah kawasan di Nilai dekat sini dari Bangi, Selangor.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu sebelum itu ditahan oleh sebuah kereta peronda polis yang mengekorinya kerana berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran Nilai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh berkata, kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu suspek ditahan kira-kira pukul 10 malam di kawasan Nilai Spring.
"Suspek yang menyedari kenderaannya diekori cuba melarikan diri namun keretanya terbabas sebelum dia berjaya ditahan.
"Setelah diperiksa, polis ternampak seorang wanita yang lengkap berpakaian sedang 'tidur' di tempat duduk sebelah pemandu, namun apabila disiasat, wanita itu sebenarnya sudah meninggal dunia.
"Ketika disoal siasat, suspek memberitahu teman wanitanya itu pengsan dan dia akhirnya mengaku sedang membawa wanita itu untuk dibuang di Nilai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Zaki, berdasarkan siasatan awal, terdapat kesan jerutan di leher mangsa.
Berdasarkan siasatan awal, katanya, suspek mengaku bergaduh dengan teman wanitanya di Bangi menyebabkan dia membunuh wanita tersebut.
Beliau berkata, kes ini diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut kerana suspek dipercayai melakukan perbuatan itu di daerah tersebut.

Dorang ingat nyawa ni macam jual-beli je kan? Suka2 je nak bunuh2.. Dunia2...

...siaran tamat... 

7 comments:

our stori mori *_* said...

nud ;peh, suka hati bunuh2

cengkerangcipot said...

tau xpe..

sophie said...

Suka2 hati je bunuh orang.Kena kawal perasaan marah tu.. Hurm..

cinta wardah said...

erk, suke suki je membunuh...ingat bunuh org mcm bunuh nyamuk ke??*emo pulak..gugugu~*

cengkerangcipot said...

haa btul tu sophie.. kne kawal nafsu marah tu kn.. hurmmm

haa tu la wardah..die ingtt nymok kot..

elmo chemo said...

aku bunuh semut je. tu pun kdg rasa bersalah. mcm bila aku bunuh nti msti ma ngn papa semut tu cari2 de. haha ;p

cengkerangcipot said...

Pae: hahaha tp btul gak dow.. klau ank kite ug kne bnuh msti kite carik kn.. huu