Friday, April 2, 2010

Upacara Pengkebumian Arwah Abg Din Beramboi



salam sahabat untuk semua..
harap semuanya sihat-sihat sahaja..

ok anda semua tahu info terbaru mengenai abg din beramboi??
kepada yang belum mengatahuinya, abg din telah meninggalkan kita
buat selama-lamanya. Abg din telah menghembuskan nafas terakhirnya
pada jam 12.30 malam tadi..

Jujur aku katakan bahawa aku sendiri terkejut apabila mendapat berita
abg din dimasukkan ke hospital dan kemudian meninggal dunia..
bukan saya sahaja malah saya percaya rakyat Malaysia turut tidak
menyangkakan perkara ini berlaku dengan begitu pantas..

Abg Din seorang pelawak yang sangat berbakat, sempoi, dan bermacam-macam lagi
yang boleh kita gambarkan.. Lawaknya sangat lah bersahaja.. Semua orang
sukakan beliau cume terdapat segelintir yang tidak menyukai beliau..

Jadi aku pun turut serta menyertai upacara pengkebumian Arwah Abg Din Beramboi
di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong.. aku tiba di situ pada jam lebih kurang
10.45pagi. Rupanya aku agak terlewat sedikit kerana jenazah abg din baru sahaja
di masukkan ke dalam liang lahad dan sedang di tanam.. Suasana di tanah perkuburan
itu sangat sayu.. Banyak air mata yang berlinang jatuh ke bumi. Ramai yang
hadir di upacara ini termasuklah dikalangan rakan artis sendiri..
Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar upacara tersebut..
Pertama aku ingin mengucapkan tinggi penghargaan kepada artis IQRAM DINZLY
kerana dia sanggup turun ke dalam kubur untuk memasukkan jenazah Abg Din..
Kebiasaannya yang hanya kaum kerabat si mati sahaja yang melakukan sedemikian..
Aku sempat bersalaman dan berbual dengan Iqram Dinzly. Aku tanya pada dia
adakah dia bersaudara sehingga sanggup melakukan sedemikian rupa..
Dia mengatakan bahawa dia memang teringin untuk berbuat demikian tetapi
tidak berkesempatan. Jadi peluang yang ada ini dia sanggup memberi bantuan..

Ramai juga artis yang hadir antaranya farid kamil, afdlin shauki, fizz fairuz, hattan,
along raje lawak, JD raje lawak, azwan ali, aznil, diana danielle,jehan miskin, faizal
ismail, syarifah syahirah, bob lokman, khairil rashid..









fizz fairuz


nas ahmad


hattan


sahabat karib abg din, afdlin shauki


aznil


azwan ali


iqram dinzly


datuk farid


bob lokman


faizal ismail


Kepada keluarga arwah abg din, kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk menghadapi
dugaan ini.. Anda sayangkan abg din tetapi Allah S.W.T. lebih menyayangi beliau..
Kepada yang mengunjungi entri aku ini, harap akhirilah dengan AL-FATIHAH
untuk arwah abg din beramboi..

13 comments:

Mrs Farhoney said...

al fatihah...semoga arwah di tempatkan dengan mereka2 yang soleh..

cengkerangcipot said...

amin...

aznizaismail said...

innalillah....semoga Allah permudahkan arwah di sana......"ya Allah, tempatkanlah saudara kami ini bersama orang2 yang beriman..amin..."

Anonymous said...

al fatihah. -nud

Aus MeLankoLik said...

al fatihah utk abg din .

cengkerangcipot said...

nud: apsal ko ni cm xfollower aku je?

aus: amin..

azni:amin...

syed z said...

alfatihah. percampuran lelaki dan perempuan di tanah perkuburan adalah dilarang.

cengkerangcipot said...

syed: nk wt cmne bro.. yg tu no komen la kn..hehehe

AkidAnis(Ikatan Setia) said...

Sempat lagi artis-artis posing masa jurukamera amik gambar..alooohai, kot ye pun tengok tempat la..kan kawasan perkuburan tu, hormatlah sikit..takyah2la nak jaga imej masa kat kubur tu..contohila sikit sahabat baik arwah;Paknil & Afdlin. Ya Alla, kau cucurilah rahmat buat Allahyarham Din yang kami sayangi..tempatkan ia di sisimu yang Kau Cintai..

cengkerangcipot said...

salam AkisAnis..
bukan mereke tidak hormat kaw kubur
tapi itu permintaan saya sendiri..

Anonymous said...

al-fatihah...
khlgn yg sgt bsr kn..
mmg respek kat iqram...hOpe artis2 kat mlysia cnthi pagai die...(",)v

cengkerangcipot said...

atie: yerp kehilangan permata bernilai tu..

Anonymous said...

Ucapan takziah untuk keluarga Arwah, Al-Fatihah, semuga arwah ditempat bersama sama orang yang beriman. Aminn..