Tuesday, April 13, 2010

Semerah Cinta Stiletto



SINOPSIS FILEM SEMERAH CINTA STILLETO
-by budiey.com
 
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.

ok kawan2, tu la serba sedikit mengenai sinopsis "Semerah Cinta Stiletto". Korang dah
tengok cerita ini?? kalau belum, sila2kanlah tengok.. Tapi kalau nak tengok tu,
bawak2lah teman anda(kekasih).. Tapi jangan la pergi jantan dengan jantan ye..
auww.. geli mak nyaah..hahhaa... aku perg tengaok cerita ni hari Sabtu lepas
bersama dengan gades pujaan hati aku.. Siapa2? masih lagi rahsia oke.. hahaha
ok komen aku tentang cite ni, actually cerita ni ok.. sedap.. best untuk pasangan bercinta.
Cerita ni komedi romantik so korang tak penat la nak fikir2, nak perah otak untuk faham..
Kalau cerita perang ke gadoh2 ke yang tu memerlukan anda berfikir oke..
cerita nampak santai.. Ade jugak part2 yang buat aku tersentuh.. huhuhu..
Lisa dalam cerita ni aku suke jugak.. Lawa je.. haha.. Padahal dia memang lawa kot..
Kadang terniat jugak dalam hati ni bila la nak dapat awek macam Lisa ni ke or
dapat awek yang boleh menerima segala kekurangan aku.. cewahh.. Harapan
mesti tinggi kan tapi nak buat macam mana, muka aku tak hensem pun..
huuu tapi bersyukur jugak..

Kepada Aus, entri ni bukan untuk jeleskan ko kembali ye.. haha..
aku sedar dan kami sedar akan penpuan anda itu.. sial ko..
hahaha..

ok end.. 

7 comments:

Dya R. said...

at least aus ada idea.
aku pun terpecaya. cis

SEMERAH CINTA STILLETO ni yg amar ckp ari tu. kalau ta, aku ta tau pun ada filem ni. hahahak

Aus MeLankoLik said...

hahaahk , bukan panggilan hangit je ade skang wei ,
entri hangit pun ade .
siut , best ke cte ni ??
aku nak ajak areeb la , hahahak

cengkerangcipot said...

aus: g la ngn ieda ke weyh.. jgn g ngn jantan.. bahye.. hahha

pae: ko pun tertipu? bgus2.. hahaha

Ara.Badrul said...

hahahhaha

cengkerangcipot said...

huuu

our stori mori *_* said...

nud ; hadap ko dgn cite melayu skang eh. dalam ati ada taman eh nok!

cengkerangcipot said...

dorg wt filem utk di tonton syg oi..
klau bkn org melayu, sape ag nk tgk??
ko ckp2 skang?? (konon emo)..haha