Wednesday, March 31, 2010

pelawak din beramboi sakit?????sal

salam kawan-kawan..
sumpah lama gila aku xupdate blog ni..
aku teramatlah sangat sibuk beb..

untuk post kali ini berkaitan din beramboi..
korang kenal ke tidak din beramboi tu?? takkan la korang
tak kenal dia kan..
pelawak paling sempoi tu..
ok begini, semalam din beramboi telah di masukkan ke hospital
selayang.. dia dah kritikal dow.. dah tenat..
berpunca dari jangkitan kuman..

yg ni aku copy dari blog web ni http://www.mygosip.com/2010/03/din-beramboi-jatuh-sakit-dan-ditahan-diwad.html

Din Beramboi sakit kritikalSelama ini kita selalu dihiburkan dengan lawak Din Beramboi tetapi hari ini kita dikejutkan dengan keadaan kesihatan Din Beramboi yang dikatakan didalam keadaan kritikal… Punca Din Beramboi ditahan di wad hospital Selayang masih lagi menjadi tanda tanya.. Tapi ada desas-desus yang mengatakan Din Beramboi diserang sakit buah pinggang dan hati, dan kini Din Beramboi berada didalam keadaan koma.

UPDATE: Din Beramboi dikatakan terkena virus rats pee (kencing tikus) semasa pengambaran di zoo baru-baru ini.. terdapat beberapa organ dalaman Din Beramboi tidak berfungsi dengan baik dan kini berada didalam keadaan koma, Din Beramboi memerlukan darah jenis ‘o’ yang agak mudah didapati. jadi sesiapa yang ada darah jenis ‘o’ boleh lah membantu Din Beramboi dengan menderma darah di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur…

UPDATE: Din Beramboi menunjukan tanda positif untuk kembali sihat.. antara tanda-tandanya ialah Din Beramboi tidak mengunakan bantuan alat pernafasan lagi, dia sudah boleh bernafas dengan sendirinya..

Sebelum Din Beramboi dimasukan ke wad, dia ada mengadu kepada rakan sekerja yang dia sakit-sakit badan dan diikuti dengan demam dan tidak boleh tidur hampir tiga malam… Apabila Din Beramboi dimasukan ke Wad, doktor terpaksa menidurkan Din Beramboi dan tidak membenarkan sesiapun melawatnya.. kini Din Beramboi dikawal rapi oleh doktor di hospital..

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Din Beramboi kembali sihat dan ceria seperti sebelum ni.. Kami rindukan lawak selamba dari Din Beramboi.. MyGosip harap Din Beramboi akan sihat seperti dulu.



No comments: