Thursday, November 12, 2009

pertemuan??!

Kenapa tajuk diatas terlintas di fikiranku, terpancul dari bibir ku
dan tertaip oleh jari jemariku??
Abaikan sahaja dengan kata-kataku itu wahai sahabat.. Mungkin
juga kerana pertemuan ku dengan sahabat seperjuangan ku tatkala
di kolej lampau.. Siapakah yang aku maksudkan? Nor Nadia Bt Sulong,
Puteri Sazanum Sazizam Bt Mohd Shuhaimi(klau xsebut nme die, sebok nk bhn2 aku. Kelihatan "berisi") dan Mohd Fahmir Adzran.. Kami meluangkan masa berhimpun
bersama-sama untuk menjamah makanan di tengahari yang sungguh terik
sebelum tibanya kedatangan sang hujan.. Kami berhimpun hanyalah
sebagai suatu kebetulan tanpa sebarang perancangan di buat..
Walaupun hanya bualan kosong yang diputarkan mengenai kisah-kisah
lampau kami, tetapi saat-saat ini sungguh bermakna bagi ku. Mungkin tidak
bagi manusia lain.. Mungkin saat- saat ini tidak akan dapat dinikmati bersama
lagi.. Umur kita tidak semestinya panjang, jika panjang umur sekali pun, masa
kita tidak semestinya lapang untuk menikmati saat - saat sebegini.. Jika peluang
itu hadir, maka hargailah ia.. Aku ini yang selalu ke hulu dan ke hilir bersama
camera ku ini tetap ku lupa untuk merakamkan potret kami.. Entah kenapa
aku acap kali begini.. Maafkan aku sahabat..

5 comments:

our stori mori *_* said...

nud berbicara; mak haih, puitis benar luahan hati anda ye. haha. asal name aku takda puteri??ini tidak adil haha.tu la kauu,salu xnk merakam potret kami.sedih:((

cengkerangcipot said...

hahaha.. yg puteri tu skadar ingin menyedapkan
si saza je..hehh..
klau jmpe ag Insyaallah aku snap..
heee

our stori mori *_* said...

wahead says : woooooooo best nye jmpe kwn lame...

our stori mori *_* said...

saza cakap : yes,akula puteri..kembang plak!:D
nape name nud tak penoh..ko ni,rapat2 pn lupe name kwn sampai ati looo 0.o

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.