Wednesday, November 11, 2009

HUJAN




HUJAN.. itulah yang dapat aku gambarkan tatkala hujan membasahi bumi
atau dengan bahasa yang lebih tepat, membasahi rumah tempat aku
sekeluarga berlindung.. Apakah yang dimaksudkan dengan hujan?
Hanya yang ku tahu, hujan itu sejenis air yang turun dari awan ke
permukaan bumi. Bagaimana hujan itu terbentuk? Dari bahasa sains
mengatakan bahawa wap-wap air yang terbentuk di permukaan bumi
akan tersejat ke atas melalui udara dan akan berkumpul menjadi suatu
gugusan awan.. Apabila gugusan awan ini bertambah besar dan semakin
berat, maka akan gugurlah gugusan-gugusan awan itu menjadi hujan.
Bagaimana kejadian ini boleh berlaku? Bahasa sains masih belum mampu
untuk menjawabnya dan saya percaya bahawa bahasa sains tidak akan
dapat menjawabnya kerana jawapannya hanya berada pada ALLAH S.W.T.
sahaja. Kejadian ini sangat sempurna dan terlalu halus untuk difikirkan..
Dengan kata lain, diluar kotak pemikiran kita.. Jadi kita harus mendekatkan
diri pada-NYA kerana setiap persoalan mengenai kehidupan ini hanya
ada pada ALLAH S.W.T.
Orang kata, hujan ini suatu rahmat dari ALLAH. Adakah benar? Benar..
Hujan yang turun ini dapat membasahi bumi yang kering kontang..
Dapat menyirami tanaman-tanaman agar menjadi segar dan hasilnya
boleh dijual.. Bukankah itu suatu rahmat? Fikirkan....

Gambar diatas dan dibawah aku ambil pada hari semalam sewaktu hujan membasahi bumi.
Lokasinya di luar rumah aku..
Apakah HUJAN dan H.U.J.A.N.?? adakah perbezaannya??
Yang penting ini tiada kaitan dengan kumpulan hujan.
H.U.J.A.N. merupakan fahaman Dr. Fazley, pensyarah motivasi yang
terkenal itu. H.U.J.A.N. merupakan tajuk lagu beliau. Banyak maksud
disebalik lirik lagu itu.
H = harapan
U = untuk
J = janji
A = asmara
N = nurani
Mari kita hayati klip video ini.. (spatutnye aku yg blakon
dlm klip video ni tapi tym tu de hal la plak..)




No comments: